
Anonymous
5 tahun
Nafas berbau dan cecair kuning dalam hidung
Anak saya berusia 2 thun 9 bulan. Nafasnya berbau. Pada mulanya saya fikir bau mulut. Saya pastikan dia berus gigi setiap kali lepas mkn setiap hari tapi masih berbau. Harini saya periksa semula bau datang nafas hidung. Saya suluh dengan lampu picit, terdapat sesuatu berwarna kekuningan dalam hidungnya. Saya cuba keluarkan guna cotton bud dan suruh anak saya hembus tak berjaya keluar. Soalan saya apakan ia jangkitan atau sinus? Bagaimana nk atasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Cecair kuning dalam hidung anak puan boleh disebabkan oleh jangkitan kuman atau resdung/sinusitis. Saya sarankan puan untuk segera ke hospital atau klinik untuk pemeriksaan lanjut.
Ini kerana kami memerlukan maklumat lanjut sebelum rawatan yang sesuai diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.