
natasya.farhana05
5 tahun
Nafas pendek dan tidak puas
Salam sejahtera Doktor. Saya Natasya Farhana berumur 23 tahun. Saya berketinggian 153cm dan 41kg. Boleh saya tahu kenapa saya rasa nafas pendek dan tidak puas untuk bernafas? Kemudian degupan jantung jadi laju. Sudah 2 hari semenjak saya rasa macam ni. Dan untuk pengetahuan doktor, saya ada anemia. Last hgb saya adalah 8.1. Adakah punca nafas pendek disebabkan anemia atau sebab lain? Terima kasih doktor.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala nafas pendek yang anda alami ini boleh disebabkan:
- Anemia anda
- Penyakit asma
- Alahan - pada debu atau asap
- Penyakit jantung lemah
- Penyakit darah beku dalam saluran darah paru-paru (pulmonary embolism)
- Pneumothorax - iaitu paru-paru bocor
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan segera bagi memastikan tiada perkara yang lebih serius berlaku. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.