
Sulit
4 tahun
Nafas pendek/termengah/cepat lelah
Saya perempuan berusia 23 tahun. Saya mempunyai masalah nafas pendek sejak mula perintah berkurung PKP. Masalah ini saya telah hadapi tahun lepas tapi hanya sekejap. Saya mengagak ini berpunya dari stress serius yang saya alami waktu itu. Masalah ini kembali dan saya menghadapi kesukaran bercakap lama, menyanyi dan sebagainya. Walaupun hanya berjalan biasa tapi jika terlalu jauh, saya akan berasa sangat mengah seperti baru berlari. Saya juga tidak pasti adakah keadaan ini serius kerana ia telah berlajutan lama tetapi tidak ada tanda2 begitu serius, jadi saya tidak tahu apa perlu atau tidak berjumpa doktor. Apa patut saya lakukan? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju
Berdasarkan keterangan anda di atas, kami memahami kebimbangan anda mengenai masalah nafas pendek serta keletihan yang berlaku semenjak PKP baru-baru ini. Untuk makluman anda, masalah yang anda hadapi ini boleh dijelaskan oleh beberapa perkara iaitu:
- Kurang bersenam sehingga boleh menjejaskan stamina
- Persekitaran yang kurang sihat seperti ramai orang yang merokok. (secondhand smoking)
- Berat badan yang tidak seimbang
- Permakanan yang kurang sihat yang mengandungi bahan diproses
- Jangkitan kuman atau bakteria pada paru-paru
- Masalah kurang sel darah merah
- Penyakit jantung yang masih dalam fasa awal
- Penyakit asthma atau penyakit penyekatan salur nafas (COPD)
Anda mengalami sesak nafas yang berpanjangan? Dapatkan kelegaan segera.
Kami sarankan anda berjumpa dengan doktor anda dengan terlebih dahulu sekiranya anda perkara ini berlarutan atau jika anda mengalami simptom-simptom lain seperti:
- Sakit dada
- Sesak nafas
- Kebiruan pada jari-jari atau bibir
- Demam atau sakit kepala
- Keletihan sepanjang masa
- Penurunan berat badan yang drastik
- Pendek nafas sehingga menyebabkan aktiviti harian anda tergendala.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih