
Sulit
4 tahun
Nafas sakit dada belah kanan tapi bukan selalu
Okay saya yang bertanya semalam pasal dada tenggelam belah kanan tu . Nak kata sesak nafas atau sakit tu tadak . Tapi dia ada hari . Bukan selalu . Tapi jarang sekali la nak berlaku . Bila berlaku saya nak tarik nafas , tak boleh bernafas mcm selalu . Kena tarik nafas slow sambil pegang dada kanan . Sebab bila nak bernafas dada kanan saya sakit ya amat . Tapi benda sakit ni memang jarang berlaku . Ada hari dia nak sakit dia sakit . Adakah ia normal ?
Dan satu lagi masalah saya , kadang saya buang

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Serangan asma
- Jangkitan paru-paru
- Radang tulang rusuk atau selaput dada
- Masalah jantung
Masih mengalami masalah sakit dada dan sesak nafas? Pakar paru-paru sedia membantu!
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor segera supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda kerana kenyataan anda di dalam ruangan soalan memerlukan perhatian segera oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.