
Sulit
3 tahun
Nafas saya tidak selesa, adakah ia dikategori sebagai anxiety?
Saya ada asma. tapi saya yakin nafas saya tidak selesa bukan kerana asma. nafas saya terasa seperti berat, pendek dan terasa seperti panas dalaman.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala tersebut boleh disebabkan oleh beberapa perkara seperti:
- Anemia
- Penyakit asma
- COPD: Masalah paru-paru sempit
- Penyakit TB
- Alahan
- GERD
Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.