
Sulit
3 tahun
Nafas sentiasa mengah
Assalamualaikum doc saya ada sakit gerd. Semenjak ni dh 2 bulan saya rasa susah bernafas. Tapi saya chck oksigen normal 97-99. Degupan jantung pun kekadng normal tapi. Saya sentiasa mengah. Bila nk makn rasa mengah nk berjalan pun mengah. Rasa penat dan lasuu. Adakah itu normal… Untuk pesakit gerd yg macm saya… Kekadng risauuu jugak… Rasa susah bernafas tapi tengok oksigen oky jer.

3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Untuk makluman anda, GERD adalah singkatan untuk gastroesophageal reflux disease atau dalam bahasa mudahnya, refluks asid. GERD terjadi kerana sel parietal yang terdapat di dalam perut merembeskan asid terlalu banyak pada suatu masa dan ini dapat menimbulkan gejala atau simptom.
Berikut merupakan antara simptom GERD yang sering dilaporkan oleh pesakit:
- Muntah-muntah
- Loya
- Rasa masam atau sesuatu di tekak
- Pedih ulu hati
- Terbangun secara tiba-tiba pada waktu malam kerana tekak yang tidak selesa atau muntah
- Sakit atau ketidakselesaan di bahagian atas abdomen atau sakit dada
Untuk masalah nafas sentiasa mengah, ia boleh merupakan gejala daripada penyakit gerd anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.