
Sulit
5 tahun
Nafas susah,sakit kaki dan bahu,rasa bahu sangat berat
saya kerja di cruise balik dari singapore
23-2-2020,Laluan bot berjalan dari Singapura, Malaysia dan Thailand, Indonesia
Saya Pernah Mengalami Masalah Dengan kadar jantung dan sesak nafas,
Tetapi hari berapa ini saya rasa sukar untuk bernafas,tidak demam,ada batuk,bahu dan otot kaki sakit,letih
Saya pergi berjumpa doktor di klinik hari ini dan memeriksa bahawa tiada demam dan buat ECG。
saya perlu pergi buat test covic?

5 tahun
Salam sejahtera,
Saya faham kebimbangan anda tentang risiko jangkitan COVID-19 memandangkan kita sedang mengalami wabak tersebut pada masa ini.
Untuk makluman anda, kesukaran bernafas boleh disebabkan oleh masalah kesihatan seperti:
- jangkitan influenza
- asma
- anemia
- pneumonia
- COPD
Keperluan ujian saringan adalah berdasarkan risiko anda. Untuk mengetahui risiko anda, Anda boleh melakukan ujian penilaian risiko COVID-19 untuk menilai status kesihatan anda berkenaan dengan wabak ini. Melalui ujian ini anda akan dikelaskan kepada beberapa kategori dan ikuti nasihat yang tertera di penghujung kuiz untuk langkah seterusnya.**
Anda juga boleh merujuk doktor KKM dengan klik Tanya Doktor Pakar KKM di laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia (COVID-19 Portal) untuk bertanyakan isu COVID-19 bermula dari jam 8.30 am hingga 5.00 pm.
Selepas jam 5.00 pm hingga 12.00 am, sila ajukan pertanyaan anda di laman sesawang DoctorOnCall pada link ini https://www.doctoroncall.com.my/tanya/
Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini