
Sulit
4 tahun
Nafas terasa pendek dan tidak cukup serta perlu kerap tarik nafas
Hello doc…anak perempuan saya berumur 17 tahun. Dia mengadu yang nafasnya pendek dan sukar untuk menarik nafas. Dia perlu menarik nafas dengan kerap kerana merasakan nafasnya tidak cukup. Keadaan ini berlaku sepanjang masa samada duduk dan juga semasa hendak tidur. Saya telah membawa nya berjumpa doktor pakar dan telah menjalani Spirometry Test.Keputusan ujian adalah normal. Ujian dijalankan pada jumaat lepas 28.08.2020. Tetapi sehingga hari ini anak saya masih lagi mengalami shortness of breath. Untukbpengetahuan…dia telah mengalaminya sejak dua minggu lalu tetapi semakin kerap sejak isnin minggu lepas 24.08.2020. Menurut doktor, apa sebenarnya yang berlaku. Terima kasih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, terdapat pelbagai punca rasa sesak nafas dengan fungsi paru-paru normal. Antaranya:
- Deviated nasal septum ( tulang hidung yang membengkok)
- Polip di hidung
- Benda Asing
- Kanser hidung (nasopharyngeal carcinoma)
- Kurang darah merah
- Masalah keresahan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Dapatkan penerangan lebih lanjut dan nasihat atau rawatan yang diperlukan di sini. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.