Sulit
3 tahun
Nafas yang pendek dan sering berasa sukar untuk bernafas
Saya wanita berumur 20-an.saya mempunyai nafas yang pendek. Saya sering merasakan sukar untuk bernafas dan seolah2 merasakan oksigen tidak sampai dalam badan walaupun saya bernafas seperti biasa. Oleh itu, saya akan mengambil nafas dalam-dalam menggunakan mulut. Tekak saya juga terasa gatal, dada terasa penuh dan sesak serta sering menguap. Adakah tanda2 ini merbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Gejala yang anda alami dapat dikaitkan dengan pelbagai masalah atau gangguan, sehingga ia memerlukan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi menetukan rawatan yang terbaik. Susah bernafas boleh disebabkan oleh banyak perkara, antaranya:
- alahan
- penyakit asma bronkitis, dll.
- saluran nafas yang tersumbat
- benda asing di saluran pernafasan
mahupun masalah seperti
- gangguan organ jantung
- kelainan saluran pencernaan
- gangguan cemas
Saluran udara tersumbat dan sukar bernafas? Dapatkan kelegaan segera.
Anda juga dinasihatkan berjumpa dengan doktor (secepatnya) sekiranya mengalami gejala berikut::
- Sesak nafas sehingga lemas
- Demam
- Batuk
- Pitam
- Gangguan bau
Justeru itu, untuk mendapatkan rawatan, pemeriksaan lanjut perlu dilakukan. Tambahan lagi anda juga boleh mendapatkan informasi secara langsung (di atas talian) dengan doktor kami yang bertugas kami di (DoctorOnCall).
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Otolaryngologist kami sedia membantu.