
Sulit
5 tahun
Nafsu sgt berkurg dn ketakutan
Doc saya umur 23 tahun 1 tahun da berkahwin, takut melakkukan seks belum melakukam seks dgn suami dn kurg nafsu

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Masalah perhubungan antara suami isteri.
- Masalah tertekan iaitu depresi
- Hormons testosterone yang kurang
- Pengambilan ubat-ubatan seperti anti-depresi, ubat tinggi darah dan beberapa pil perancang
- Masalah kesihatan am seperti ketumbuhan pada rahim, kurang hormon tiroid dan endometriosis
- Keletihan yang teramat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.