
Sulit
5 tahun
Naik flight awal kehamilan
isteri saya masih di awal kehamilan(9minggu)…adakah menaiki kapal terbang membahayakan kandungan?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda ibu mengandung dibenarkan untuk menaiki kapal terbang sehinggu 36 minggu kandungan dengan syarat tiada sakit lain yang boleh memudaratkan.
Anda amatlah dinasihatkan untuk mengamalkan langkah pencegahan daripada sakit berjangkit seperti mengunakan topeng muka, mencuci tangan selepas memegang fasiliti awam dan berada jauh daripada orang yang sakit. Hal ini kerana, ibu mengandung merupakan golongan mudah untuk dijangkiti sakit yang berjangkit
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.