firash0107
4 tahun
Najis anak ada cacing
Salam doktor saya nak tnya anak sya umur 2thun 8bln. Dia tiada masalah kshatan tpi msa sya mandi kn dia pagi tadi. Saya dapati najis dia ada cacing. Prlu ka saya bwa anak Brjmpa dngn doktor dngn segera. Atau itu smua normal dan tk prlu rsau. Terima kasih
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, masalah cacing dalam najis anak anda memerlukan rawatan dengan ubat cacing. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membawa anak anda ke klinik untuk memndapatkan ubat cacing serta pemeriksaan dari doktor bagi memastikan anak anda tidak dehidrasi, demam atau sakit perut. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.