umaisarah_138
3 tahun
Najis anak berubah texture
Anak saya berumur 13 bulan, minum susu formula dan makan makanan pejal. Saya cuba untuk peruntukkan air kosong 200ml sehari untuk dia. Setiap hari akan buang najis antara 1-2 kali. Tapi agak mengelirukan bila texture najis berubah, tapi warna masih sama (warna akan berubah bila dia makan buah seperti kurma) Jika pagi texture agak keras(tapi tidak sembelit), petang atau malam akan cair seperti cirit birit. Texture najis seperti berselang seli berubah. Tetapi dia tidak tunjukkan masalah lain seperti sakit perut@lesu, masih aktif bermain seperti biasa. Adakah ini indicator pada masalah penghadaman nya?
Terima kasih
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, gejala yang anak anda alami ini mungkin disebabkan oleh beberapa punca seperti:
- Najis ini mungkin adalah normal jika tiada penambahan kekerapan buang air besar.
- Intoleransi Laktose (Terdapat sesetengah individu ini tidak boleh makan atau minum produk dairy kerana mereka kekurangan enzim untuk menghancurkan lactose. Ini akan menyebabkan individu ini mengalami cirit-birit)
- Jangkitan usus. Ini bukan masalah susu tepung maka ini merupakan masalah lain di mana anak anda telah dijangkiti oleh virus usus seperti Rotavirus. Dia turut akan mengalami gejala seperti demam, tidak aktif dan sebagainya.
Apa yang anda boleh buat sekarang atau memantau dan meneruskan susu tersebut. Jika gejala ini masih berlarutan, anda boleh menukar susu atau berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan pemeriksaan yang lebih teliti.
Tingkatkan imuniti si manja anda dan biarkan dia mengembara.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.