
Sulit
3 tahun
Najis anak berumur 1 tahun 7 bulan selepas minum susu formula
Hai doktor, anak sy dalam fasa untuk beralih dari susu badan ke susu formula, sy pernah cuba susu S26 dan anak akan terus berak setiap kali lepas minum susu dan keadaan najis adalah lembut. Kemudian atas faktor ekonomi sy tukar kepada dutch lady 123 anak akan jadi cirit birir sehingga najis berdarah dan telah dapatkan rawatan jangkitan dalam usus. Kemudian sy tukar kepada Dugro multigrain tapi anak jadi sembelit. Sekarang sy beri anak Dugro perisa Asli dan sekarang ada tanda hitam pada najis, tekstur lembut dan gooey

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, sekiranya anda ada memberikan sebarang supplement untuk anak anda, najis dia memang akan berwarna gelap, hitam; kalau tidak, najis dia sekarang lembut dan gooey itu biasa.
Selain itu, sekiranya susu formula anda guna tersebut sering menyebabkan anak anda berak banyak, mungkinnya anak anda mempunyai intoleransi laktosa atau sistem pencernaannya kurang matang lagi, anda boleh cuba memberikan susu formula berasaskan soya kepada anak anda.
Untuk maklumat lanjut dan soalan lain, anda boleh merujuk kepada doktor anda atau menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Kanak-Kanak.