
Sulit
4 tahun
Najis anak saya ada macam benang hitam tapi najis warna kuning biasa and cair sahaja umur nak masuk 7 bulan
Hai doc. Anak saya dah dua hari makan bubur daging and pisang sebagai snek. Then harini dia berak meneran smpai merah muka2 dia. Saya ingatkan sembelit rupa rupanya cair je and siap bocor tapi ada benang2 hitam bila saya pegang and try bsuh. Kenapa ye. Risau saya. Adakah punca pisang atau daging atau dia makan benda lain tanpa saya perasan. Mohon penejalsan thankss

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sembelit anak anda. Untuk makluman pihak anda, pihak kami tidak mempunyai maklumat yang cukup serta tidak melakukan pemeriksaan ke atas anak anda.
Benang benang hitam pada najis anak anda tidak boleh kami simpulkan kerana maklumat tentang itu tidak mencukupi. Anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor sekiranya ia berterusan atau keadaan anak anda semakin teruk.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.