
Sulit
4 tahun
Najis anak saya berwarna hijau
hi doc
saya nak tanya normal ka najis bayi saya umur bru 7bulan berwarna hijau dulu dia minum susu dupro langka 1 dan 3hari lepas saya tukar susu nya ke lactogen langka 2… tapi najis nya plk berwarna hijau dlam 1hari 4kali dia berak bgitu dok… saya bagi dia minum susu setiap 3jam 5onz 5sudu(sukatan pencondok susu) dan sekarang dia makan jgk 5sudu besar cerelac 2kali sehari…adakah najis nya normal doc?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhawatiran pihak puan sekeluarga. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh si kecil. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya warna berak bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar bayi anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.