
Sulit
4 tahun
Najis baby berketul kecik2& berdarah sikit
Anak sya berusia 6 bulan lebih…dh 2 mggu lebih start makan makan pejal2.slama ni dia berak ok sahaja.tp ni hri ke 4 Bru dia dpt mmbuang…tp najis baby berketul kecik2…ada darah sikit…adakah anak sya sembelit?.apa yg perlu sya bt? Apa mknn yg boleh diberi bg elakkn sembelit lg?tq Dr…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Pertama sekali, berdasarkan jalan cerita anda, kami tidak dapat merungkai punca sebenar perubahan dan kondisi yang dialami oleh bayi anda. Justeru anda digalakkan untuk membawa bayi anda ke klinik kesihatan bagi tujuan pemeriksaan yang lebih komprehensif bagi mengenal pasti masalah yang anak anda hadapi…
Namun, secara umumnya kondisi bayi boleh dikaitkan dengan:
- jangkitan kuman pada saluran pencernaan
- inflamasi/irirtasi/luka pada kawasan dubur
- alergi atau alahan makanan atau susu
- gangguan enzim tubuh (jarang)
- penyakit lain di saluran pencernaan
Anda sangat digalakkan untuk bertemu dengan doktor secepatnya. Di samping itu, anda harus memastikan bahawa bayi anda terhidrasi secukupnya.
Dapatkan penjagaan kesihatan terbaik untuk si manja anda. Klik disini untuk dapatkan bantuan.
Anda masih boleh meneruskan breast feeding walaupun bayi demam. Tambahan lagi, anak bayi sangat digalakkan untuk mendapat susu ibu sehingga umur 6 bulan, ini adalah kerana khasiat yang terkandung di dalam susu ibu tidak dapat dibandingkan dengan zat-zat dari mana-mana susu tepung.