Anonymous
3 tahun
Najis baby hijau lumut
Anak saya baby 8bulan… Sy nak Tanya normalkah najis baby warna hijau…pertama Kali utk baby Sy selain Masa dia newborn… risau…sebab semalam dia sembelit…4 Kali buang air besar
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau.
Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang bayi anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih




























