Sulit
3 tahun
Najis bayi 3bulan 9hari warna hijau gelap
Bayi 3bulan 9hari adakah normal najis warna hijau gelap?1 hari sekali berak…minum susu formula similac LF…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, warna najis anak anda iaitu warna hijau adalah normal selagi mana anak anda dapat membuang air besar dan tidak mengalami gejala seperti najis berwarna pucat, kerap menangis serta cirit-birit yang terlalu banyak. Sekiranya anak anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.