
Sulit
4 tahun
Najis bayi berwarna hijau hanya menggunakan susu formula
Hi Doc, anak saya baru 4 bulan lebih tetapi 2-3 minggu ni najis dia bertukar dari kuning ke hijau. Apa yang patut saya buat? Anak saya fully Formula Milk. Adakah wajar saya tukar susu tersebut? Atau tanda tersebut tidak perlu dirisaukan. Terima kasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kekhawatiran pihak puan sekeluarga. Kami juga mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh si kecil. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak puan.
Umumnya warna berak bayi yang abnormal ini boleh berpunca dari pelbagai jenis masalah dan gangguan, antaranya adalah:
- gangguan saluran hempedu
- gangguan saluran pencernaan atau usus
- jangkitan kuman (disertai dengan demam)
- tanda-tanda alahan atau lactose intolerance
- ubat-ubatan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Pediatrician kami sedia membantu.
Namun, informasi yang telah diberikan hanya berdasarkan gejala yang telah anda sampaikan. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar bayi anda mendapatkan rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat.
Ingin juga saya tekankan bahawa umumnya seorang ibu akan mampu memberikan susu ibu sehingga anak bayi mencecah umur 6 bulan. Pemberian susu ibu adalah sangat digalakkan kerana ia mempunyai kandungan nutrisi yang jauh lebih baik dari susu formula (susu tepung).
Anda juga boleh klik pada link yang tertera untuk mendapatkan informasi yang lebih lanjut secara live bersama doktor kami yang bertugas. (DoctorOnCall). Kami menjamin kerahsiaan dan privasi anda terjaga. Terima kasih.