eilafirna
4 tahun
Najis bayi hijau kekelabuan
Bayi saya 8 bulan dan poo poo dia warna kekelabuan.kenapa ya?
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, warna najis boleh dipengaruhi oleh banyak faktor. Faktor pemakanan antara yang paling kerap menyebabkan perubahan warna najis. Namun yang demikian, anda boleh bercakap dengan kami untuk konsultasi lanjut kerana najis berwarna kelabu mungkin juga disebabkan oleh sesuatu yang lebih serius seperti masalah pada salur dan aliran hempedu. Jika anak anda bertukar kuning terutamanya pada bahagian mata, anda perlu segera membawanya ke hospital.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.