
Sulit
5 tahun
Najis berbentuk cecair
Saya lelaki berumur 19 dalam bulan ini saya kerap ketandas Dan didapati najis saya berbentuk cecair Dan makanan tak lawas pada setiap pagi pula saya dapati najis saya seperti cirit birit berminyak perut pon selalu sakit Dan merasa kekejangan otot saya pergi ke klinik doctor cakap gastrik

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- keracunan makanan
- masalah pada salur biliari
- masalah pada pankreas
- topikal sprue
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.