
Sulit
5 tahun
Najis bercampur lebihan sayur
Hello doktor, saya Rahman Dan saya nak Tanya doktor apabila saya makan sayur yg berdaun seperti bayam,kangkung saya dapati bila saya buang air besar najis saya Ada bercampur dengan lebihan sayur. Inj berlaku apabila setiap Kali saya makan sayur seolah olah pengahadaman saya Tak dapat nak proses sehingga menjadi2 najis.persoalan saya adakah masalah yang saya alami ini normal??

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pengambilan sayur- sayuran atau fiber adalah untuk mengelakkan daripada mengalami sembelit dan juga untuk mendapat sesetengah jenis nutrisi kerana kandungan sistem penghadaman manusia tidak mampu memproses fiber sepenuhnya, sepertimana sistem penghadaman spesis haiwan. Oleh itu, najis juga mengandungi bahan sayur- sayurang merupakan masalah biasa.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.