nurulsyahfiqah94
4 tahun
Najis berdarah dan buasir
Saya wanita umur 25 tahun…saya memang ada buasir dari remaja smpai dah anak 1…tapi sekarang sya mengalami pykit lain lagi najis berdarah …saya ada pergi klinik berjumpa doctor dan doctor sarankan byk mkn sayur dan buah…saya ikut apa yg doctor sarankn makan syur atau buah stiap hari dlm kuantiti yg byak tapi kdg2 ketika saya buang air besar msih ada drah walaupun sya tak sembelit masa tu dan najis sya tk keras pun tp tetap ada darah kenapa ya? itu sahaja soalan saya trima kasih…
5 tahun
Hai, salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar. Antaranya:
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut
Oleh itu, untuk mengetahui punca pendarahan yang anda hadapi, anda perlu merujuk masalah ini kepada doktor. Maklumat lanjut dan pemeriksaan perlu dijalankan untuk memastikan puncanya agar dapat dirawat dengan tepat dan berkesan. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami yang bertauliah secara atas talian. Terima kasih.