
Sulit
3 tahun
Najis berdarah selepas colonscopy
Saya lelaki berumur 25 tahun. Pagi tadi saya ada buat colonoscopy di hospital besar teluk intan. Alhamdulillah semua okay masa dia scope dan dia ada ambil sample tissue usus saya sebanyak 7 bahagian.
Persoalan saya biasa ke selepas ujian colonoscopy najis akan jadi cair dan berwarna merah pekat dekat kehitaman serta bahagian anus terasa pedih bila disentuh. Sebab tadi masa saya ketandas saya perasan najis saya cair dan berwarna merah pekat nak kehitaman dan bahagian lubang anus saya berasa sakit bila di sentuh.

3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan maklumat di atas, kami memahami bahawa anda baru melakukan colonoscopy dan kini mengalami najis berdarah serta sakit pada anus. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Gejala yang anda alami adalah kesan sampingan biasa setelah colonoscopy. Antara gejala lain yang mungkin anda alami adalah:
- najis berdarah, boleh menjadi selama 2 minggu
- Rasa kembung jika doktor menggunakan udara semasa prosedur
- Rasa sakit pada anus atau perut
Namun begitu, kami sarankan agar anda mendapatkan bantuan doktor secepat mungkin jika mengalami:
- gejala berikut pada kadar yang semakin teruk
- demam
- najis berdarah melebihi 2 minggu
- perut yang keras dan sangat sakit
- tidak boleh melepaskan kentut
Anda juga boleh menghubungi doktor kami secara atas talian. Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.