
Anonymous
6 tahun
Najis Berlendir Kekuningan
Saya wanita berusia 25 tahun. Bermula bulan lepas, saya mengalami sembelit dan najis saya mempunyai lendir di penghujungnya. Jelas berwarna putih kekuningan. Najis saya tidak keras dan tidak pula berdarah. Saya cuma mengalami sembelit dengan najis berlendir. Kerap kentut berbau seperti ada lagi najis dalamnya dan perut terasa senak. Adakah sakit saya ini dikategorikan kanser ?

6 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Saya faham anda tentu risau dengan simptom yang anda alami. Untuk makluman anda, najis berlendir dan kentut berbau biasanya boleh disebabkan oleh pemakanan. Masalah seperti kekurangan air dalam badan dan sembelit juga boleh menyebabkan banyak lendiran pada najis.
Namun begitu, masalah lain yang lebih serius juga boleh menyebabkan perkara ini. Antaranya:
- Masalah penghadaman seperti radang usus
- Jangkitan bakteria di dalam usus
- Ulser usus
- Luka pada dubur
- Usus tersumbat
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda serta pemeriksaan perlu dijalankan. Anda dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat lanjut tentang masalah ini. Sila ke klinik atau hospital dengan segera sekiranya anda mendapat simptom seperti najis berdarah, cirit-birit, muntah, demam atau sakit perut yang teruk. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.