
Anonymous
2 tahun
Najis berlendir seperti lemak
assalam doc, sy ain 33tahun nak tanye kno saya buang air besar diawalnya najis berlendir seperti disalut lemak…tp dipenghujung najis bersih x de ape2…cuma awal2 pembuangan saja.adakah itu normal tau tidak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, amda mungkin mengalami masalah pencernaan terutamanya jika diet atau pengambilan makanan anda mengandungi lemak atau minyak yang berlebihan. Anda disarankan untuk mengamalkan diet seimbang dan lebihkan sayur-sayuran, makan berserat serta air yang mencukupi. Gaya hidup sihat seperti bersenam juga dapat membantu sistem pencernaan untuk berfungsi dengan lebih baik.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.