
Sulit
5 tahun
Najis berwarna gelal/hitam
assalamualaikum doktor.saya berumur 35tahun.saya makan ubat pencair darah atas nasihat doktor.saya mengalami najis berwarna gelap/coklat kehitaman.biasanya waktu pagi saya biasa buang air besar,tetapi kebelakangan ni,najis semacam sembelit,dan sedikit.adakah kesan daripada ubat terrsebut?

5 tahun
Selamat sejahtera. Terima kasih atas soalan yang diajukan. Kami faham kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi. Untuk maklumat anda, masalah najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh:
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
- Masalah pendarahan atau luka pada usus atau saluran pencernaan
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dan rawatan yang paling tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan fizikal adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.