
Sulit
4 tahun
Najis berwarna gelap dan perut/usus terasa di hiris2?
Saya lelaki berumur 33 tahun. Sebelum ini saya tiada masalah kesihatan , semenjak 4 bulan lalu berat saya semakin turun dari 120kg menjadi 96kg dan sakit perut disertai sesak nafas , urat leher kebas dan pening kepala secara tiba2… sebelum ini saya pernah ke klinik sebanyak 3x , tetapi doktor cuma kasi ubat antacid dan sakit perut sahaja. Sekarang perut saya terasa benjolan mengeluarkan najis hitam berserta lendir putih yang banyak , nafas semakin teruk dan hilang deria bau disertai sesak nafas dan sukar telan…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, masalah sakit perut boleh disebabkan oleh beberapa perkara, antaranya ialah:
- Irritable bowel syndrome
- Inflammatory bowel disease
- Gastrik adalah disebabkan oleh kelebihan acid di dalam perut.
- Radang pankreas atau pancreatitis.
- Stomach ulcer
- Keracunan makanan – keracunan makanan adalah disebabkan oleh pengambilan makanan yang tercemar.
Manakala, najis berwarna gelap boleh berpunca daripada:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Namun, untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini lebih lanjut secara langsung dengan doktor di klinik/hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang lebih sempurna.
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi atau untuk mendapat info lanjut tentang perkara ini. Terima kasih