
Anonymous
5 tahun
Najis berwarna hijau dan tak nak makan
Ayah saya sudah lama sakit dan tak boleh bergerak sendiri. Sekarang dia tak nak makan dan najis berwarna hijau. Badan sudah kurus dan almost macam skeleton. Pls advise.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah kesihatan yang dihadapi oleh ayah anda. Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan berlakunya hal ini.antaranya ialah:
- Najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau.
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.