
Anonymous
5 tahun
Najis berwarna hijau kelabu
Assalamualaikum, sy ingin bertanya, anak saya sekarang berusia 3bulan 3hari, sejak akhir bulan lepas, anak saya kerap buang najis yang berwarna hijau kekelabuan dan kadangkala hijau bercampur kuning… Apakah ianya normal atau saya perlu ke hospital untuk tahu lebih lanjut … Anak saya juga sejak berumur 2bulan sudah minum formula sepenuhnya… Terima kasih

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi.Untuk makluman pihak anda, najis bayi biasanya berwarna seperti mustard dan kehijauan. Sesetengah bayi mempunyai najis yang lebih hijau.
Warna najis bayi yang menyusu dengan susu ibu boleh berubah mengikut pemakanan ibunya.
Walaupun najis hijau biasanya adalah normal, sila rujuk anak anda kepada doktor dengan segera jika anak anda mempunyai simptom lain seperti:
- Kerap menangis dan meragam seperti sakit
- Cirit-birit
- Tidak mahu menyusu
- Najis berdarah
- Demam kuning
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih.