
Sulit
4 tahun
Najis berwarna hitam & cirit birit
hye, baru2 ni,ayah sy mengalami cirit birit dan mendapati najisnya berwarna hitam dan mempunyai sedikit darah, apakah itu? doktor suruh ayah sy masuk wad tapi ayah saya tak nak,kenapa sampai perlu masuk wad ye? utk pengetahuan,3 tahun lepas ayah sy dimasukan wad kerana masalah hampir sama dan doktor ckp perut ayah sy nipis dan ada luka akibat mengambil pil tahan sakit dengan kerap. adakah sakit ayah sy berulang semula sekarang? perlukah sampai dimasukan wad?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang bapa anda hadapi iaiti najis berwarna hitam dan mempunyai sedikit darah disertai cirit birit. Untuk makluman anda, masalah najis berwarna hitam ini boleh berpunca daripada pelbagai perkara, antaranya ialah:
- Masalah pendarahan atau luka samada pada perut, usus atau saluran pencernaan yang boleh disebabkan kanser, dan sebagainya.
- Kesan sampingan ubat yang diambil
- Kesan daripada makanan yang berwarna hitam seperti milo dan sebagainya
- Kandungan iron yang tinggi dalam makanan atau ubatan
Manakala untuk gejala cirit-birit, kami memerlukan maklumat lanjut daripada anda tentang gejala tersebut yang bapa anda hadapi. Namun, secara umum, cirit birit boleh disebabkan oleh perkara seperti:
- gastroenteritis -radang perut / usus
- keracunan makanan
- penyakit lain- demam tifoid, demam denggi
Untuk mengetahui rawatan yang tepat untuk bapa anda, puncanya haruslah dikenalpasti terlebih dahulu sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat. Memandangkan bapa anda mempunyai sejarah dimasukkan wad kerana masalah yang hampir sama, adalah sebaiknya anda merujuk segera perkara ini di hospital berdekatan kerana ada kemungkinan masalah tersebut boleh berulang kembali. Masuk wad atau tidak, kesemuanya adalah bergantung kepada keputusan doktor berdasarkan kondisi kesihatan bapa anda. Maka, pemeriksaan yang teliti adalah diperlukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Jika anda mempunyai keraguan, kami nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan yang lebih tepat. Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih