
Sulit
5 tahun
Najis Berwarna Hitam Pekat - Cair
Saya berusia 26 tahun dan sedang mengandung 28 minggu. pagi tadi saya berasa sakit perut lantas membuang air besar…Saya mendapati najis yang keluar adalah berearna hitam. Boleh saya tahu apa punca dan patutkah saya refer kpd klinik utk rawatan selanjutnya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ubat Obimin yang mengandungi Iron bagi mengelakkan masalah darah merah rendah dalam kalangan wanita hamil.
- Faktor pemakanan
- Kehamilan
- Pendarahan pada perut atau bahagian atau salur makanan
Walaubagaimanapun, sekiranya anda mengalami masalah seperti sakit perut, muntah darah, letih, sesak nafas dan sakit dada, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut secepat yang mungkin. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.