
nabihahnasrudin
5 tahun
Najis berwarna hitam pekat
Saya anne, wanita, 29 tahun, berkahwin dan anak seorang. Past history of CA bone osteosarcoma 2015-2016. Harini perut saya sakit mencucuk dan ada rasa nak buang air besar. Bila buang air besar, stool saya keras dan berwarna hitam pekat. Saya tak ada makan makanan yang berwarna atau ambil apa2 supplement atau ubat. Adakah saya perlu mendapatkan rawatan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- pengambilan ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- pendarahan dalam usus.
- terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ketumbuhan polip di dalam usus
- Radang usus
- Kanser usus
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Berkenaan dengan sejarah kanser bersama simptom lain yang anda alami sejurus dengan najis berwarna hitam, anda dinasihatkan berjumpa dengan doktor secepat mungkin.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.