
Sulit
5 tahun
Najis berwarna putih
Assalamyalaikum doc.Sy wanita berumur 26thn.Sy mempunyai mslah jerawat yg teruk baru2 ni n mengambil keputusan minuman supllemen.baru 10hari sy amalkan suplemen dari kitsui n sering amalkan sup sayur brokoli dan cendawan.mslah skrg najis sy pada awal berwarna kuning cerah n baru2 ni kuning susu.adakah ia normal kesan dari pemakanan sup sayur atau mslah sistem penghdaman sy atau itu proses pembuangan toksik?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, warna najis oleh berubah mengikut warna makanan. Namun masalah bagi najis bewarna putih boleh disebabkan oleh:
- Pengambilan ubat-ubatan seperti antibakteria, ubat rawatan cirit-birit dan banyak lagi
- Masalah ini juga boleh disebabkan oleh kekurangan cecair hempedu ataupun saluran hempedu yang tersekat. Hal ini boleh disebabkan: keradangan pankreas, keradangan hati dan batu dalam saluran hempedu.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.