
Sulit
4 tahun
Najis besar dan keras
Anak saya berumur 8tahun sering keluar najis besar dan keras.apa rawatan yang saya perlu laku kan?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, maklumat yang diberikan adalah terhad. Oleh itu, sukar untuk pihak kami membuat kesimpulan mengenai masalah yang anak anda alami.
Akan tetapi, najis yang keras membawa maksud iaya kekurangan air. Masalah ini berkemungkinan disebabkan kurang pengambilah air atau najis terlalu lama berada di dalam usus sehingga air telah diresap sehingga menyebabkan najis keras. Masalah ini boleh timbul sekiranya, kurang pengambilan serat, menunda ke tandas atau kesan sampingan ubat-ubatan.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sebelum rawatan boleh diberikan, punca kepada masalah anak anda haruslah diketahu terlebih dahulu. Untuk mengetahui punca masalah yang anak anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.