
Sulit
4 tahun
Najis Bewarna Hitam/Ungu
Salam Doktor. Saya Berumur 24yo, Mempunyai Penyakit Sifli Belum mengambil Ubat-ubatan, Persoalan saya. Beberapa Hari lalu saya berasa sakit perut yang amat sakit. Kadang 1 minggu 2kali dia sakit… jadi beberapa Hari lalu lagi Saya Membuang najis dan bila saya lihat najis saya itu berwarna Hitam dann ungu

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, najis berwarna hitam boleh disebabkan oleh pemakanan seperti pengambilan iron. Selain itu ia juga boleh disebabkan oleh pendarahan yang berlaku di dalam perut atau saluran usus. Antaranya seperti pendarahan ulser perut, radang usus, kanser dan sebgainya. Masalah pembekuan darah yang mungkin disebabkan oleh ubat pencair darah juga boleh menyebakan masalah ini.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.