
Sulit
3 tahun
Najis halus dan panjang
Hi doktor saya nk menanyakan soalan … adakah normal jila najis halus n pajang… saya kadang2 mengalaminya… x slalu lah kdang2 … adakah saya patut ubah tabiat makan saya?

3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, perubahan pada bentuk najis boleh menandakan masalah akibat diet ataupun akibat masalah pada sistem penghadaman. Masalah ini boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Sembelit
- Pembukaan anus atau rektum yang sempit akibat anal fissure, ulser rektum, keradangan usus atau kecederaan pada bahagian dubur
- Colorectal polyp
- Kanser usus
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.