
Anonymous
5 tahun
Najis hijau & berlendir
hai dr , anak saya umur 8 bulan dan dia mengalami najis warna hijau & lendir nak dekat 3mggu , kami dah pergi hospital dan dr dah bagi air garam , tp sampai skrg masih lagi najis warna yg sama , anak saya akan buang air besar 5 ke 6 kali sehari . .

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor…
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala najis hijau yang dihadapi anak puan. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pigmen hempedu yang juga boleh menyebabkan cirit-birit dan najis hijau
- kesan ubat seperti antibiotik
- pemakanan terutamanya pewarna makanan dan sayuran fibre
- jangkitan kuman dan bakteria
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.