
Anonymous
5 tahun
Najis hitam /berdarah
Saya lelaki berumur 30-an. Beberapa hari lepas saya buang air besar dan lihat najis saya berwarna hitam dan mungkin berdarah. Apa maksudnya?perlu ke saya pergi jumpa doktor?saya tinggal di shah alam, ke mana harus saya pergi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca pendarahan ketika membuang air besar dan najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
pendarahan dalam usus.
terdapat luka pada dubur kerana sembelit
Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
Radang usus
Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi serta rawatan, maklumat dan pemeriksaan lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Anda boleh klik link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.