
Sulit
5 tahun
Najis hitam terapung dan berminyak
hi doc saya berumur 29,baru2ni saya mengalami kembung perut dan najis menjadi hitam,terapung dan berminyak

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami ini boleh disebabkan ketidak hadaman minyak dalam badan dan boleh disebabkan:
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, batu karang
- Masalah pankreas - seperti radang pankreas atau jangkitan kuman
- Penyakit Coeliac - iaitu masalah hadam gluten
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.