
Sulit
3 tahun
Najis saya berwarna hitam sakit pinggang & kencing saya selalu berbuih
Saya berumur 54 tahun hari ni najis saya berwarna hitam saya juga selalu sakit pinggang dan kencing saya selalu berbuih

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan tentang masalah yang anda hadapi iaitu najis warna hitam dan kencing berbuih. Untuk makluman anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pendarahan dalam sistem usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut
- Pengambilan ibuprofen atau pill zat besi (iron pills)
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Antara punca lazim yang menyebabkan air kencing berbuih adalah:
- Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal
- Pengambilan protein secara berlebihan
- Dehidrasi
- Sindrom nefrotik
Penyakit lebih serius dan kronik seperti kencing manis, hipertensi dan kegagalan buah pinggang juga boleh menyebabkan kencing berbuih dan memerlukan kawalan dan perhatian oleh doktor.
Kami sarankan anda untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian dan kami akan membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan kami membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor kami.