
Anonymous
5 tahun
Najis saya dari coklat cair dan kini warna hijau kehitaman(cair)
Hi…doc. saya adie berusia 31 tahun saya ada pertanyaan yg ingin ditanyakan pada DocOnCall…
Beberapa hari lepas hingga hari ni(05.7.2019) saya mengalami buang air besar cair.Adakah itu normal bagi manusia dimana najisnya pada mulanya berwarna coklat(cair) tidak ada bentuk macam najis biasa sekarang warnanya hijau sehijau(cair) tidak ada bentuk dan berwarna kehitaman…
Sudah hampir seminggu macam itu dan saya tidak tahu apa puncanya…kadang2 selepas buang air besar perut rasa sakit kadang-kadang tak sakit tp dalam 15 minit saya akan buang air besar lagi…dan jika buang air besar pulak tak ada panas badan akan berpeluh2 seperti baru lepas berlari…
Saya ada baca kata warna hijau makan sayur tp dalam seminggu ni saya kurang makan sayur-sayuran jadi tidak ada kena-mengena akan warn hijau disebabkan sayur…
Hari ni sahaja saya sudah buang air besar 4 5 kali…Najisnya tetap sama cair dan tidak ada bentuk…teksturnya pula ia seperti gumpalan yg cair bau ada masa menyengat dan ada masa tiada bau…
Adakah ini kait dengan IBS?Atau denggi?sebab dulu saya penah kena demam denggi dan najis serupa mcm tu…itu merisaukan saya
Jika ia benar2 masalah sila beritahu DOCONCALL

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Seperti yang dikatakan anda, najis hijau biasanya disebabkan oleh pengambilan sayuran hijau yang sangat banyak dalam diet seseorang kerana klorofil yang terdapat dalam tumbuhan yang menghasilkan warna hijau. Selain itu, ia boleh juga disebabkan oleh pelbagai perkara :
• Pigmen hempedu - najis boleh menjadi hijau disebabkan oleh pigmen hempedu dalam najis
• Antibiotik – sesetengah antibiotik yang tertentu boleh mengubah jenis-jenis bakteria yang ada dalam usus.
• Parasit dan bakteria – pathogen yang tertentu boleh menyebabkan najis menjadi hijau, termasuklah bakteria Salmonella, Giardia (parasit berasaskan air), dan norovirus.
Untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai, sila rujuk kepada doktor kami bagi konsultasi secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih