
Sulit
5 tahun
Najis warna campur hitam dan coklat serta ada darah fresh melekat
Assalam/hai…saya wanita berusia 26 tahun…semalam saya mengalami sakit perut bahagian bawah kiri…sakit seperti senggugut mahu datang bulan…hari nie saya membuang air besar…saya dapati najis saya berwarna campuran antara hitam dan coklat serta terdapat tdarah segar melekat pada najis serta sedikit berlendir…boleh saya dapatkan penjelasan mengapa itu berlaku…terima kasih…

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman anda, gejala najis bercampur darah boleh disebabkan oleh:
- Pendarahan akibat luka pada dubur biasanya akibat sembelit atau cirit birit yang kerap
- Pendarahan dari usus besar akibat masalah seperti radang usus
- Rectal ulser
- Masalah pendarahan
- Kanser usus
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.