
Anonymous
2 tahun
Najis warna hijau berserta cirit birit
Sy mengalami cirit birit selama 3 hari…najis berwarna kuning coklat…hari ke 4 masih cirit birit tp najis warna hijau…sebelum nya sy ade mkn bayam hijau…adakah ianya normal?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Untuk makluman pihak anda, antara punca cirit birit adalah:
- Keracunan makanan
- Jangkitan oleh virus seperti rotavirus
- Radang usus
- Alahan terhadap makanan tertentu
Mengenai warna najis yang hijau sememangnya warna makanan yang anda mabil boleh mempengaruhi warna najis anda. Sekiranya masalah cirit birit anda tidak berkurangan, sila rujuk gejala ini dengan lebih lanjut untuk rawatan. pastikan anda banyakkan minum air masak agar tidak mengalami dehidrasi.
Untuk mengetahui punca masalah cirit birit yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.