
nahmadbasri
5 tahun
Najis warna hijau pekat
Saya adalah seorang ibu kepada seorang anak perempuan yg baru berumur 2 tahun.baru2 ni saya dapati najis anak saya berwarna hijau lumut.adakah itu normal? Atau ada sebarang masalah lain?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara percuma.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, warna najis anaj anda iaitu warna hijau adalah normal selagi mana anak anda dapat membuang air besar dan tidak mengalami gejala seperti najis berwarna pucat, kerap menangis serta cirit-birit yang terlalu banyak. Sekiranya anak anda mempunyai gejala-gejala yang disebutkan, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda juga boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.