
muhdfaiqahmad
4 tahun
Najis Warna Hitam dan cair
Saya lelaki berumur 27 tahun. Bila saya buat air besar, rasa mula2 sakit sangat. Dan najis saya berwarna hitam. Buat masa sekarang saya consume ubat tambah darah. Sebab saya xcukup darah merah. Saya juga disarankan mengambil iron as suppliment, tp saya xamek lagi. Boleh dr terangkan. ?jika ada solosi, boleh dr beritahu.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca najis berwarna hitam. Antaranya ialah:
- Pendarahan dalam usus.
- Terdapat luka pada dubur kerana sembelit
- Ulser di dalam perut (bersama simptom anemia, najis berwarna hitam, najis berdarah)
- Ubat (seperti aspirin, ibuprofen atau suplemen)
- Radang usus
- Kanser usus
Bagaimanapun, untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Silakan klik pada link (DoctorOnCall) untuk menghubungi doktor ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.