
Sulit
5 tahun
Nak beli vaksin coronavirus
Selamat pagi doktor. Saya nak tanya. Kenapa saya cari vaksin untuk coronavirus ni takde jual ya? Bukan ke biasanya vaksin flu sentiasa ada. Doctoroncall ada jual tak vaksin coronavirus. Terima kasih.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus atau untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, flu dan coronavirus adalah dua kelompok virus penyebab penyakit yang berbeza.
Antara jenis virus yang datang dari kelompok flu adalah seperti virus H1N1 dan H3N2. Sementara itu, virus dari kelompok coronavirus mempunyai rupa yang berbeza kerana mempunyai mahkota (corona = crown, mirip mahkota) dan terdiri daripada beberapa jenis seperti SARS, MERS-CoV dan Novel Coronavirus.
Memandangkan novel coronavirus adalah merupakan virus yang baru muncul pada manusia, justeru belum ada vaksin yang dicipta bagi mengatasi masalah ini. Berbeza dengan flu, flu adalah merupakan virus yang muncul secara tahunan, justeru, suntikan vaksin flu dapat membantu mencegah dan melawan jangkitan flu.
Untuk info lanjut, silakan klik pada link ini (KKM COVID-19) untuk keterangan lanjut mengenai koronavirus dan untuk bercakap dengan pihak kami ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.
Sila layari https://covid-19.moh.gov.my/ untuk maklumat terkini dan garis panduan tentang COVID-19 dan Vaksinasi COVID-19
Untuk Membuat Janji Temu Vaksinasi COVID-19 Di Klinik Swasta, Klik Di Sini
Untuk Menempah Ujian PCR/Ujian RTK COVID-19, Klik Di Sini