
Sulit
4 tahun
Nak cek vitamin yang saya makan.. Tiada jual di farmasi
Saya telah mengamalkan vitamin jenama 4 life transfer transfer factor selama beberapa bulan… Daripada beberapa ejen… perlukah saya mengambil ubat tersebut
dan meneruskan

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, saya beranggapan anda mengambil makanan tambahan namun didapati makanan tambahan tersebut tidak dijual di farmasi.
Sukar untuk saya mengulas lanjut mengenai hal ini kerana berbeza dengan ubat hospital, makanan tambahan tidak mempunyai kajian yang mendalam dan hanya bergantung pada testimoni pengguna. Walaupun mereka mendakwa makanan tamabahan mereka natural dan tidak membawa kepada kesan sampingan akan tetapi, hakikatnya, makanan tersebut diproses dari bahan asal.
Oleh itu, untuk memastikan sekiranya makanan tambahan ini selamat dimakan, saya sarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor kerana maklumat lanjut mengenai status kesihatan sanda sekarang serta maklumat lain mengenai ubat yang mungkin anda ambil sekarang diperlukan.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.