Sulit
5 tahun
Nak hamil setelah ikat peranakan
Saya wanita lewat 40an.ingin bertanya bolehkah saya hamil setelah mengikat peranakan?apakah caranya?adakah ia berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman puan, pada prosedur BTL, tiub fallopi dikeluarkan atau dipotong dan diikat dengan benang khas, kemudian ditutup dengan band atau klip, atau kauter, atau dengan tisu parut. BTL bertujuan menghalang sperma daripada mencapai telur.
Namun begitu, dalam dunia perubatan moden, terdapat teknik untuk menyambung semula fallopian tube dengan syarat dilakukan oleh pakar microsurgeon gyaecologist yang mempunyai kemahiran tinggi. Ia dinamakan “tubal revesal”.
Di Malaysia terdapat ramai doktor pakar yang boleh melakukan teknik ini. Tetapi, seandainya anda mempuyai masalah kesuburan lain, prosedur atau teknik ini mungkin menjadi sia-sia dan masih tidak dapat hamil.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.



































